Friday, January 28, 2011

apam

KEK COKLAT KUKUS Chef Hanieliza

Kek Coklat Telo Sebijik




Bahan A:-
• 1 cawab susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

nuttella roll

BAHAN-BAHAN ( LOYANG 10X7X1 INC.= 5 ROLLS )BY KAK FIDA

150 G GULA HALUS/CASTOR SUGAR
90 G TEPUNG GANDUM
50 G TEPUNG JAGUNG
20 G SUSU TEPUNG
1 SK BAKING POWDER
50 G KACANG WALNUT - DI CINCANG HALUS
1 SB OVALETTE
10 BIJI TELUR (GUNA HANYA 5 PUTIH TELUR)
120 G MENTEGA - CAIRKAN
1 SK ESEN VANILLA
PEWARNA MERAH, KUNING DAN HIJAU JIKA PERLU
SECUKUP CHOC. NUTELLA

CARA-CARA

AYAK TEPUNG2 DAN BAKING POWDER.CAMPURKAN BERSAMA GULA, TELUR, OVALETTE DAN TEPUNG2 DAN PUKUL HINGGA KEMBANG.

MASUKKAN MENTEGA CAIR DAN VANILLA DAN DIKACAU DGN SENDUK HINGGA SEBATI.CAMPURKAN WALNUT CINCANG DAN GAUL SEBATI.

BAHAGIKAN KEBADA BEBRAPA BAHAGIAN.MASUKKAN PEWARNA KESUKAAN ANDA.

LOYANG DI ALAS DGN KERTAS MINYAK DAN DIGRIS. TUANGKAN ADUNAN DAN RATAKAN.

BAKAR DLM OVEN SELAMA 10-12 MIN PD SUHU 170C ATAU HINGGA PERMUKAAN KEK KEKUNINGAN.

KELUARKAN KEK DRPD LOYANG DAN SEJUKKAN. KEMUDIAN SAPUKAN SECUKUP CHOC. NUTELLA DAN DIGULUNG.

tepung pelita

bhn2nya:
Bhg A
1 cwn tpg beras
1 cwn gula
5 cwn air
4 helai daun pandan(saya blend dgn 5 cwn air td)
sedikit kapor dan garam(saya x ltk kapor)

bhg B
5 sudu makan tpg beras
4 cwn santan(dr sebiji kelapa)
2 sudu teh kfc garam

cara2nya:
1.masukkan bahan A-gaul sebati dan masak ats api hingga berkilat warnanya-masuk dlm acuan
2.bahan2 santan td juga disatukan dan masak ats api hingga pekat dan menggelegak(kira dah masak lah tu)
3.tuangkan atas lapisan berwarna hijau dan boleh disejukkan...resepi ni x perlu dikukus...

Kek Marble


250 gm butter (seketul Buttercup)
200 gm gula
2 sk ovalette
4 biji telur
100 gm susu pekat

Ayak:
270 gm tepung
2 sk baking powder

Bancuh:
2 sb susu cair
2 sb serbuk koko
1 sk coklat emulco
1 sk serbuk nescafe


1. Pukul butter + gula sampai kembang
2. tambah ovalette, telur satu demi satu, susu pekat
3. tambah tepung
4. bahagi 2 - satu boh bancuhan koko (sy tak bahagi 2, cuma ambik adunan lbh kurang 2 senduk dan boh koko, emulco & nescafe je)
5. boh yg kuning dlm loyang then yg koko, lorek2 jd corak marble

Bakar 175C - 30 minit

~~KEK PISANG~~


2 cwn pisang (d lecek)
2 cwn tgp gandum
1 cwn gula
1 cwn minyak
1 biji telor
1 sb soda bikabonate
1 sk esen pisang (kam guna esen vanilla...e pisang x de la......)
sedikit coklat rice........x letak pun x pa..
cara:
~pukul telor sampai kembang
~pisang lecek +gula
~campur semua bahan
~tepong ayak dgn soda....dan masuk akhir seka
~kacau sebati.........bubuh dlm loyang..tabur ckt rice dan bakar..
~kukus pun boleh....bakar sampai masak.........
~bila dah bakar dlm oven....wangi bau nya.........hehehe
kak kam loyang sapu dgn mejerin dan tabur sedikit tepung.....nanti senang nak keluarkan

~~APAM PISANG COKLAT~~


2 cawan tpg gandum
1 1/2 gula perang(akak guna gula kastor..gula perang dah habis)
2 sudu makan serbok koko
1 cwn minyak
1 biji telor
1 sudu kfc soda bikabonate dan b.powder
1sudu kfc garam
1 cwn pisang lencek
cara:
ayak tepong gandum,soda,b.powder......bubuh pula serbok koko,
minyak masak,pisang,garam,telor dan gula.......kacau sebati..
panas kukus....dan kukus selama 20 minit/spi masak......
dah masak............kita makanmmmmmmmm......hehehe
selamat mencuba hingga berjaya.......

waffle

BAHAN-BAHAN ( 3 SET X 5 KEPING )

• 2 BIJI TELUR
• 3/4 CWN SUSU SEGAR
• 2 TBSP MINYAK SAYUR
• 1 CWN TEPUNG
• 1 1/2 TSP BAKING POWDER
• 1 1/2 TSP GULA
• 1/2 TSP GARAM


CARA-CARA


1. PANASKAN ELECTRIC WAFFLE MAKER.

2. PUKUL TELUR SEHINGGA BERBUIH SEDIKIT. CAMPURKAN SUSU & KESEMUA BAHAN2 LAIN. CAMPURKAN SEHINGGA SEBATI.

3. TUANGKAN KE DLM WAFFLE MAKER & TUTUP SEHINGGA MASAK (WAFFLE MAKER ADA MCM2 BRAND, JADI IKUT ARAHAN MEMASAK SPT TERTERA DLM MANUAL WAFFLE MAKER ANDA). TIPS - JGN TUANG ADUNAN TERLALU SEDIKIT NANTI TAK NAMPAK PATTERN ATAUPUN JIKA TERLALU BYK ADUNAN, IA AKAN MELEMPAH & BENTUK PUN KURANG MENARIK.

4. HIDANGKAN DGN TOPPING KEGEMARAN ANDA SEPERTI MADU, MAPLE SYRUP, ICRECREAM ATAU JEM.

Kek Coklat Kukus.



bahan2nya:
bahan A(diayak bersama)
tpg gandum 2 cwn
koko 1 cwn
baking powder 2 sudu kecil
soda bikarbonat 1 sudu kecil

bhn B(pukul/blend hingga kembang...kecuali air panas)
telur 4 biji
gula 1 cwn(kalau nk manis boleh ditambah gula sedikit)
minyak jagung/masak 1 cwn(masukkan minyak setelah telur dan gula kembang)
1 cwn susu pekat
1 cwn air panas mendidih

cara2nya:
1.masukkan adunan A kedlm adunan B kemudian dikacau.Tambah susu pekat 1 cwn dan secubit grm.
2.kacau selang selikan dgn air panas mendidih.
3.kukus 45 minit atau hingga msk...kalau guna acuan yg kecil2 lebih kurang dlm 20 minit shj...

bahan sos coklat(cara saya):
coklat masakan+sedikit butter+sedikit susu segar
semua bahan dicairkan dgn cara double boil...

kuih lapis cokelat

bhn: 3cwn tepung gandum
6sudu tepung hoen kwee
2cwn gula pasir
2biji telo
esen vanila sedikit
500ml santan kotak+1500ml air
garam sedikit
4sudu serbuk coklat@ coklat emulco hye 1sudu
pwarna kuning

pukul telo ngan gula hgga kembang..masukkan semua bhn di atas.kacau sebati..bhgikan 2 bhgian...kukus setiap bhgian 4minit...

choc moist

Kek Coklat Moist - bakar 180C 20 minit (Ulangan pembakingan sebab kesedapan dan kelembutannya, serta kemudahan dalam pembuatannya)

roti bomb

BAHAN-BAHAN ( 10 ORG MAKAN )

• 2 SUDU BESAR MENTEGA
• 2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
• 2 SUDU BESAR GULA
• 300 ML AIR SUAM
• 6 G YIS
• 500G TPG GANDUM

CARA-CARA

1. MENTEGA, MINYAK DAN GULA DIBANCUH DENGAN AIR SUAM

2. TEPUNG DI GAUL DENGAN YIS

3. KEMUDIAN CAMPUR SEMUA BAHAN DAN ULI HINGGA LICIN DAN KENTAL

4. PERAP SELAMA 1JAM DALAM BEG PLASTIK YANG TERTUTUP ATAU BEKAS YANG TERTUTUP
5. ULI SEMULA DAN BUAT BULAT2 DALAM 18 BIJI

6. CANAI NIPIS LEBIH KURANG 0.4 CM

7. PANASKAN MINYAK DAN GORENG SEBIJI2, TUNGGU HINGGA ROTI KEMBUNG DULU BARU TERBALIKKAN.

8. SEDAP DIMAKAN BERSAMA KARI AYAM DAN DAGING....KALAU SAMBAL TUMIS PUN SODAP!!!!

kek lapis walnut aiskrim

Bahan:
5 biji telur putih
300g gula halus
15 biji kuning telur
400g mentega, dipukul hingga kembang
240g tepung berserbuk penaik

bahan A:
90g aiskrim coklat
45g sebuk koko
1 sudu teh pewarna coklat

bahan B:
90g aiskrim vanila
60g walnut, goreng tnpa minyak dan ditumbuk kasar
2 sudu teh esen vanila

cara membuat:
1. pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. masukkan kuning telur 1 per 1 dan pukul sehingga menjadi pekat dn berkrim.
3. masukkan mentega kedlm adunan telur. kacau rata dan kaup balikkan tepung.
4. bhgkan kepada 2 bhgn. masukkan bahan A dlm 1 bhgn B dlm 1 bhgn lg.
5. bhgn A 4 cwn kecil dn bhgn B 4 cwn kecil.
6. bakar lapisan pertama guna api atas bawah 250'c. seterusnya lapisan kedua guna api atas sahaja 200'c. lapis berselang-seli sehingga habis. sentiasa bg tumpuan time membakar takut hangus jer...

RED VELVET KEK

BAHAN-BAHAN ( 1 BIJI )

• 2 ½ CUP TEPUNG KEK ATAU TEPUNG GANDUM
• 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO TANPA PEMANIS (DIAYAK BERSAMA TEPUNG)
• 2 SUDU BESAR PEWARNA MERAH (PUTRI GUNA 1 SUDU BESAR WARNA MERAH 1 SUDU BESAR WARNA PINK)
• ½ CUP BUTTER
• 1 ½ CUP GULA
• 2 BIJI TELUR PADA SUHU BILIK
• 2 SUDU KECIL ESEN VANILA
• 1 CUP FRESHMILK (DIBANCUH DENGAN 1 SUDU BESAR LEMON JUS)BIARKAN 5- 10 MINIT. KACAU RATA SEBELOM MENGGUNAKANNYA.
• 1 SUDU KECIL CUKA PUTIH
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER

WHIPPING CREAM TUK BEDAK KEK NI …HEHEHE…PUTRI GUNA WHIPPING CREAM YG DAH SEDIA ADA GULA…JUST PUKUL FOR FEW MINIT DAH BOLE GUNAKAN TUK DECO KEK.

CARA-CARA

1. KEK: SAPUKAN BUTTER PADA 1 LOYANG BULAT.

2. AYAKKAN BERSAMA TEPUNG GANDUM/KEK DAN SERBUK COCO DI DALAM SATU BEKAS.

3. P UKUL BUTTER DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG. MASUKKAN TELUR SATU PER SATU, KEMUDIAN MASUKAN ESEN VANILA. RATAKAN CAMPURAN DENGAN SPATULA SAMBIL MEMUKUL.

4. PERLAHANKAN MIXER, MASUKKAN TEPUNG BERSELANG SELI DENGAN FRESH MILK TADI DAN PUKUL RATA.(EXAMPLE TEPUNG DULU PASTU KACAU THEN SUSU… THEN TEPUNG…SUSU…TEPUNG SUSU…N LAST SEKALI TEPUNG) MASUK SIKIT2 LERR. JGN LUPA ALWAYS GUNA SPATULA TUK RATAKAN MANA YG TAK KENA….PASTU PUKUL LAGI SAMPAI RATA. MASUKKAN PEWARNA MERAH DAN PINK TADI…PUKUL RATA.

5. CAMPURKAN CUKA DENGAN BAKING POWDER DALAM SATU BEKAS KECIL. NANTI DIE BERBUIH. CEPAT2 CAMPURKAN DALAM ADUNAN KEK DAN GAUL KEMUDIAN MASUKKAN DALAM LOYANG DAN BAKAR.

6. BAKAR PADA SUHU 170 DARJAH CELSIUS SELAMA 25-30 MINIT(PUTRID LAK BAKAR LAM 45 HINGGA 1 JAM…NAPA NTAH LAMA HUHUHU) ANYWAY SELAGI TAK MASAK JGN ANGKAT TAU…JUST CHECK DULU NGAN LIDI….KALAU TAK MELEKAT TU KIRA DAH MASAK LERR.

7. SEJUKKAN KEK SELAMA 10 MINIT SEBELUM KELUARKAN DARI LOYANG. PASTIKAN KEK DAH BETUL2 SEJUK SEBELUM LETAK FROSTING.

nak jala bun

kek coklat moist...........


bahan;A
2 biji telor
1 cwn serbok koko*
1 cwn susu pekat
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
2 cwn tepong gandum*
1s/k baking powder*
1s/k soda bikabonate*
1s/k vanilla
* di ayak bersama
resepi asal x de vanilla.....akak tambah(hilang bau hanyer telur)
bahan B
1 cwn air panas
cara;
pukul telur dengan gula....sampai gula hancur+vanila....kacau
masuk susu.....kacau..masuk minyak masak....kacau sebati
masuk kan tepong yg dah d ayak tadi ,sedikit2 dan kacau sebati...sampai habias
akhir sekali masuk air panas dan kacau....sebati..
bubuh dln loyang kek yg di sapu majerin dan tabur tepong
dan bakar
oven misti panaskan dahulu.......
selamat mencuba

KEK SARANG SEMUT resepi oleh Liliwati Kasdi

bhn2:
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu mkn marjerin
-gula dimasak ngan api perlahan hgga keperangan dan masukkn air panas..perlahan2...gula dh hancur masukkn butter..

bahan kek:
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
4 biji telo
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
-t/gandum di ayak bersama soda bikarbonat...
-pukul/mixer telo hgga kembang,masukkn pula susu pekat pukul lg hgga kmbang..
-masukkan bhn ayak td...mixer sebati...
-masukkn gula hangus td...klu berketul tapis adunan ..adunan adalah amat cair
-kacau sebati dan perap dlm bekas itu juga selama 4jam
-dh 4jam loyang disapu marjerin dan tuang adunan
-bakar selama 40minit...
-klu oven bulat butterfly sy bakar 20minit...pastu tutup api biarkn kek masak ngan haba shj...selama 10minit....
-dh masak kuarkn dan restkn 10minit baru potong

Puding Pelangi (Majalah Wanita 80an)


Bahan-bahan :

1 paket agar-agar (anggaran 35g - 40g)

1 tin susu cair

1 gelas gula

5 biji telur

5 gelas air

sedikit esen vanilla

2 sudu besar serbuk koko yang telah dibancuh dengan air

2 sudu besar tepung kastard

sedikit pewarna merah


Cara-cara :

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula. Bila mendidih tapiskan. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur sebentar. Masukkan susu cair dan tepung kastard dan kacau sehingga rata dan ditapiskan.

3. Setelah ditapis, campurkan agar-agar yang telah dimasak dengan adunan telur dan kacau lagi sehingga rata.

4. Masakkan semula adunan tersebut sehingga mendidih dan masukkan sedikit esen vanilla dan kacau rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. (dalam mangkuk berasingan)

6.1 bahagian di biarkan dengan warna asal. (kuning kastard)

7. Masukkan bancuhan koko tadi ke dalam bahagian yang ke 2. Kacau rata.

8. Masukkan pula beberapa titik pewarna merah ke dalam bahagian terakhir. Kacau rata.

9. Lapiskan adunan coklat ke dalam loyang berselang seli dengan adunan kuning dan adunan merah dan diulang step ini sehingga adunan habis digunakan. (Buat corak pelangi)

10. Biarkan adunan keras sekejap sebelum dipotong.

CHILLED (BAKELESS) CHEESECAKE WITH KITKAT


Bahan-bahan
1 cwn biskut hancur (biskut marie)
1/3 cup mentega, dicairkan (kt microwave pun boleh)
500 gm cream cheese (biarkan pd suhu bilik)
2 sudu teh gelatine yg dilarutkan dgn 1/4 cwn air panas (yg betul2 panas...br lepas mendidih gitu)
Susu pekat (400gm)
1/3 cwn lemon jus
2 sudu besar parutan kulit lemon
KIT KAT

Cara2nya

Campurkan biskut yg hancur dgn mentega cair dan tekan2 & padatkan pada base loyang springform tin dan sejukkan dlm fridge..

Pukul cream cheese sampai lembut, masukkan larutan gelatine, susu pekat, lemon jus dn parutan lemon. Pukul smpi adunan sama rata.

Tuangkan kat atas base yg dh kita sejukkan tadi....lepas tu simpan balik dlm fridge semalaman. Pastu tuang blueberry topping tuh on top of the cake..agak2 lah eh when using the topping..:)

VERSION KIT KAT
sebelum add cream cheese pd base tu cha ambil (about 1/2 cup cream cis mixture & 1 tsp.choc emulco klu nk pekat bole tmbh lagi) then marblekan atas cream cheese yg dh dituang ke loyang
then ambil kit kat patah2kan dan "botox"kan di cream cheese td..

tofu nuggets

Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)

4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)

*Untuk Coating*

2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs



Cara-Caranya

1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.

2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.

3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.

4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.

( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).
dipetik dari web ros jintanmanis.com

donut kentang

bahan2nya:

500 gm tpg roti
1 pkt yis segera
100 gm gula
2 biji telur
2 biji kentang..rebus n lecek halus
100 gm mentega
1 sudu teh garam halus
air secukupnya untuk mengguli.

cara2nya:

masuk tpg, yis, gula,telur n kentang..uli dengan air sedikit2. agak dah jadi doh..masukkan mentega..uli lagi n masukkan garam..uli hingga doh menjadi lembut n licin...canai n terap. biarkan donat ini kembang sebelum menggoreng dgn api yang sederhana..selesai mengoreng..boleh lah di salut dengan gula kastor or dihias dengan coklat...SELAMAT MENCUBA..

Puding susunan roti/lapis roti. dari Intan Liana



bahan2nya:
1.1 buku roti gardenia(buang kulit)...sekeping roti dipotong jdkan empat kpg segi empat tepat.
2.1 peket agar2 cap burung(10gm)
3.5 gelas air(saya guna 600ml air)
4.1 tin susu cair(kalau x de susu pekat pn boleh...1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air)
5.3 senduk gula>>ikut rasa masing2 samada suka manis atau tidak(boleh dirasa)
6.1/2 buku butter
7.pewarna ikut citarasa(untuk dicelupkan pd roti)
8.2 bks air untuk dibancuh dgn pewarna...cth pink dan hijau
9.2 sudu mkn tpg kastard(resepi asl x de...saya suka2 tambah...jgn marah..hehee..)

cara2nya:
>>rebus agar2 bersama 5 gelas air....
>>kemudian masukkan gula,susu dan butter..kacau hingga sebati dan tak berketul-ketul...jgn terlalu cair..biar agk pekat sedikit.
>>setelah itu tuangkan sedikit agr2 tadi kedlm loyang untuk dijadikan 1 layer.
>>susunkan roti yg telah dicelupkan pewarna masing2 kedlm loyang...susun berselang seli...hingga menutupi permukaan layer pertama td.
>>tuang lg agr2 td untuk layer yg ke-dua..
>>susun roti berwarna lagi keats layer ke 2...dan tuang agr2 lagi...begitulah seterusnya...sejukkan kemudian masukkan kedlm fridge....

ROTI CANAI (NURALASHIKIN OTHMAN)


Bahan2
1/2 kg tepung gandum
2 sdm susu pekat
1biji telur + 1sdt garam
200 ml air ( bleh tambah kalau kurang)
Gaul sumer bahan.. cukup sekadar rata.. tak perlu uli lama2 nnti roti canai jadi liats... hehehe

bahan minyak... 2 sdm minyak sapi + 1 sdm planta (gaul rata)
bulat2kan tepung.. sapu campuran minyak sapi dan perap semalam...
esoknya blehla ditebar2 sebelum dimasak...

APAM ENO (NURALASHIKIN OTHMAN)



Bahan2
* 1/2 cwn tapai nasi (1/2 keping ragi gaul dgn 1 cwn nasi, simpan 2 malam)
* 1 cwn air
* 1 cwn gula
* 1/2 paket tepung beras
* 1 cwn air
* 1 paket kecil eno

# tapai nasi diblender bersama 1 cwn air dan 1 cwn gula
# dalam bekas lain, adun tepung beras bersama 1 cwn air
# masukkan adunan tapai ke dalam adunan tepung, gaul rata
# perap +- 8 jam
# masukkan eno dan ratakan kedalam adunan yg dah perap
# ambil sesenduk untuk diwarnakan
# masukkan ke dalam acuan apam yg dah disapu minyak, letak 3/4 adunan asal & sedikit adunan warna di atasnya
# kukus +- 20 minit

Kek Lapis Oreo Kukus


Bahan:

* 1 cawan tepung gandum
* 1/3 cawan horlicks (original)
* 5 biji telur A
* 1/2 cawan gula halus
* 200 gm marjerin
* 1/3 cawan susu pekat manis
* 1 s/t esen vanilla
* pewarna hijau dan oren
* Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya)

Cara-Cara:-

1. Panaskan periuk pengukus.
2. Sediakan loyang berukuran 6 inci, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan.
4. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang dan putih, masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
5. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan hijau dan oren.
8. Tuangkan adunan oren kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil, kukus selama 7-10 minit.
9. Ulang proses yang sama sehingga habis adunan.
10. Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira2 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata.

KEK OREN ZURIANA By: Zuriana

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren

"DO IT YOURSELF"

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.


Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".
Kek ni rasa dan tekstur dia seakan2 kek buah.. lembab dan padat. Ita letak dalam peti ais sekejap kemudian makan dgn Hershey's Syrup Chocolate emmmm... sedapnyer...!! kalau makan dengan ais cream vanila lagi lah sedap... 3 dalam 1.. gituuu....

KEK KELADI


Bhn kek: 250 g sponge cake mix
5 bj telur g A
1/2 sd besar ovellatte
40 ml air

Toping Keladi: 1kg keladi (direbus)
1 cwn gula (klu nk manis lagi blh +)
3 bj telur g A
120 g santan pekat
300 ml air
1/4 cwn tepung gandum
20g tpg jagung
25g gelatin.....tapi saya tukar pakai 2 sdk serbuk agar2
beberapa titik pewarna ungu
1/2 sdk garam
kelapa kering untuk hiasan (nk bt deco lain pun boleh)

1) Untuk membuat kek..........pukul telur hingga kembang, +kan semua bhn lain..mixer hingga kembang........bakar dlm suhu 170'c lebih kurang 25mnt @ lebih tgklh agk2 dh masak...

2)bila kek dh sejuk potong kek kepada 3 bahagian menggunakan pisau panjang..Kemaskan bahagian tepi dgn memotong bhagian yg berwarna coklat jika ada.........

3) untuk mbuat toping keladi............blendkan keladi yg telah direbus empuk dgn air & telur.....(jika terlalu byk...blendlh sikit n pandai2lah bahagikan telur n air tu....)

4) Masukkan bhn yg diblend tadi kedlm periuk dgn mencampurkan semua bhn2 lain...(santan,gula, tepung gandum, tepung jagung, gelatin/srbk agar2, pewarna ungu dan garam)...kacau sebati...masak dgn api perlahan....kacau ala2 buat dodol..hihii...sampailah dh agak masak n likat macam buat puding jagung...

5) Ambil 1 lapis kek & sapukan krim keladi diatasnyer.......Ulangi proses sampai habis 3 lapis...Ratakan semua bahagian kek dgn krim keladi n taburkan kelapa kering diatasnyer....

6) Masukkan dlm peti ais seelok2nya beberapa jam sblm dipotong supaya kek kemas & padat...

** Jika tdk mahu dimakan...hendaklah disimpan dlm peti ais sebab kek ni mengandungi santan n mudah basi jika letak diluar...

puff pastry wif blueberry fillin

how to prepare puff pastry wif blueberry filling

pastry puff terap ikut suka (x nak terap pun xpe) cha terapkan 2 kpg utk base dn sekeping lg dilubangkan ..utk filling

**** puff pastry refer http://www.facebook.com/photo.php?fbid=152477214762800&set=a.146331418710713.27348.100000015669377

selain dr puff pastry bole jg ditukar kepada roti canai instant as PN THANIAH SULAIMAN aka tazah ani buat..tqvm tazah for d brilliant idea....... http://www.facebook.com/photo.php?fbid=191167934227061&set=a.146331418710713.27348.100000015669377

lapiskan dua (sapu egg wash sebelum tu)

bakar 15 to 20 min

kluarkan dr oven dan bole add filling (ikut suka nk filling ape)

then dh bole makan..:))

carrot cake


Bahan-bahan:

240 gm tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik)
1/4 susu teh kulit kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
180 gm gula kastor (@gula perang lebih baik)
1/2 sudu teh esen vanilla
180 ml minyak sayuran
240 gm lobak (parut)
120 gm nenas dalam tin (buang airnya & potong dadu)
60 gm kismis/buah-buahan campuran (potong kecil)
60 gm walnut (bakar, sejukkan dan potong kasar)


Cara:

1. Ayakkan tepung dengan soda, serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pala & serbuk penaik. Ketepikan

2. Pukul telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula. Pukul sebati. Masukkan esen vanilla.

3. Masukkan minyak. Pukul sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudianmasukkan lobak yang telah diparut, diikuti dengan nenas dadu, kismis dan walnut.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160°C. Bakar untuk tempoh 60 minit. Saya bakar dengan api bawah saja pada tempoh 50 minit, kemudian beralih kepada api atas untuk baki masa yang selebihnya. Guna kaedah steam bake.

6. Bila masak, keluar dan sejukkan sebelum letak frosting.


*Bahan-bahan untuk frosting:

60 gm mentega (suhu bilik)
250 gm krim keju (suhu bilik)
230 gm gula aising (ayak)
1 lemon (kulitnya saja, diparut)

Cara:

Letakkan krim keju dan mentega dalam mangkuk. Pukul perlahan. Masukkan gula aising sediki demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan esen vanilla dan parutan kulit limau.

* Saya tidak menggunakan resepi asal frosting ini kerana masih ada baki frosting masa buat kek baldu merah.

Pautan ke resepi asal : http://www.deliciousasianfood.com/2009/08/11/carrot-cake-recipe/

- Feel free for self-tagging as always :).

Chocolate Chip Muffin

1
250gm tepung
2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
175gm gula

2
250ml susu segar
90ml minyak jagung (atau cairkan butter)
1 biji telur
1 sk vanila

Tuang 2 ke dalam 1, masuk 150gm coklat cip
boh dalam cawan muffin, tabur cekelat cip
(dapat 20 cups)

bakar 200C - 20 minit

Komen : Senang buat ni sbb tak payah guna mixer.. tak bising kejut jiran pagi2 buta.. campur n kacau semua guna spatula je

KEK KUKUS AIS KRIM SODA

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9" )

  • 5 biji telur
  • 220 gram gula
  • 150 g Tepung Cake (Bluekey)
  • 150 g Tepung Gandum
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 180ml - 7- up/Cream Soda
  • 2 sudu besar susu pekat
  • pewarna merah,biru,hijau

Cara-cara

  1. Pukul telur dgn gula sampai kembang
  2. masukkan ovalette , pukul lagi.
  3. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.kemudian masukkan susu pekat, kacau sebati
  4. Bahagikan adunan kpd 3bhgn utk dibubuh color.kukus selapis demi selapis. setiap lapis lebih kurang 7 minit
  5. **utk elak air kukusan menitis atas permukaan kek, tutup loyang ngan aluminium foil atau balut tutup pengukus ngan kain
  6. notes: rasenye..kalo every layer tu kite letak perisa lain2 lg sdap kot.(i.e, kaler merah+perisa strawberry..n so on)

MUFFIN COKLAT


..BAHAN A

-2 cwn tepung gancum
-2 cwn gula pasir
-1 cwn serbok koko
-1 sk soda bikarbonat
-1 sk baking powder

..BAHAN B

-1 cwn air panas
-1 cwn susu cair
-1 cwn minyak masak
-1 sk garam

..BAHAN C

-2 biji telor
-1 sk esen vanilla


-bahan A gaul rata

-bahan B campor semua...gaul rata

-bahan C telor pukul ngan esen vanilla (mcm telo dadar)


-masuk bahan B dalam bahan A

-masuk bahan C

-dah elok semua bahan....dah serasi semua masukkan dalam
cawan kertas...

-nak letak coklat cip pun boleh...

-nak kukus boleh

-nak bakar pun boleh

.....kukus dan bakar sampai masak...

apam beras


Bahan-bahan

2 cwn nasi

2 cwn tepung gandum

2 cwn tepung beras

1 cwn brown sugar

3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)

2 1/2 cwn air

2 sudu kecil yis (mauripan)

kelapa parut dgn sedikit garam



"DO IT YOURSELF"



Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)

Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

Perap selama 3 jam.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.

Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan

cheese tarts

Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)
• Bahan untuk Pastry:-
• 125 gm mentega / margerin
• 45 gm gula aising-nak ganti ngan susu tpg pon bole
• 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
• 240 gm tepung gandum (ikut lembut adunan..kalo kurang tambah..kalo keras kurangkan)
* secubit garam..biar ada rasa masin2 skit..asek manis jek..muak plak

• Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
• 250 gm cream cheese
• 50 gm gula aising
• 20 gm mentega (lembutkan)
• 1/2 sudu besar perahan lemon
• 1 biji telur (gred B)
• Blueberry pie filling

*cheese n mentega biar suhu bilik ekss..

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya cantik2..guna jari pon boleh...pastu cucuk ngan garpu doh tu.
Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sampai gebu n lembut.
4. susun doh yg dah bakar n keluarkan dr acuan dlm loyang balik
5. pippingkan sedikit blueberi filling dlm doh tart td .
6. pastu pipekan cheese filling tadi plak. Hiaskan diatas dengan blueberry filling _ lili lorek ngan lidi jek.
7.bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak mengelembung n macam kering sedikit.

note : bila dah bubuh filling jgn bakar terlalu lama..bila nmpk mengelembung n kering sedikit trus keluarkan dr oven..kalo terlebih bkr cheese akan turun bila sejuk..

Muffin Strawberry moist kukus



Bahan A: (digaul)
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B: (dipukul till sebati)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak/minyak jagung
1 sudu kecil garam

Bahan C: (dipukul seperti wat telur dadar)
2 biji telur
esen vanilla

Bahan D:
2 sudu besar Strawberry emulco

cara2:
Masukkan bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit dan dikacau.
masukkan Bahan C dan dikacau.Masukkan bahan D dan dikacau lagi.
masukkan dalan paper cup n kukus selama 15 minit.

ayam karamel

terima kaseh Thaniah Sulaiman.....
memang sedap......kita kongsi2 lagi ya......

Ayam seekor dibersihkan
gula dlm 4 sedok sedang(dibuat karamel)
Air ,bawang putih, dan halia..dimayang..
Dalam kuali..buat karamel dulu..pas tu msukkan air agak2..dpt tenggelamkn ayam (saya buat seekor tp sy belah x putus..supaya ayam tu dpt kena air)..bla dh mendidih masukkan bawang, daun pandan dan halia mayang..garam..dan ayam...biar smpai msk..lps tu blh la d goreng atau dipanggang..( ni aida panggang seekor)...

Nasi~~~~(untuk nasi sesuka hati nk buat mcm mana..nk tumis pun boleh)...( aida suka di tumis harum baunya...heheh)
basuh beras...masukkan dlm rice cooker..
bawang besar, putih dan halia..dimesin..dn tuang dlm beras..masukkan daun pandan,kulit kayu manis,,bunga cengkih,garam,kuib ayam, margerine 2 sudu besar,dan air...tanak
Kicap dan cili mcm biasa..dan sup jgk mcm biasa..selamat mencuba..

kek sarang lebah

Bahan2nya:

2 cwn gula
2 cawan air
1/2 tin susu pekat manis ( ini kalau guna tin dulu2 yg pendek tu tp kalau tin yg skrg dijual di pasaran tu kena lah kurangkan sikit~ tak lah sampai 1/2 tin.....)
2 sudu besar mentega
2 cwn tepung gandum
2 sudu besar soda bikarbonat
8 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Caranya:
1)Gula di buat gula hangus ( agak2 kekuningan ) masukkan air dan masak hingga mendidih. Angkat dr api dan sejukkan...
2)Pkl mentega dgn susu hingga sebati.
3) Telur juga dipkl berasingan hingga kembang.
4)Satukan adunan mentega dan susu dgn telur , kemudian masukkan tepung serta air gula. Kacau rata...
5)Setelah itu masukkan ke dlm acuan yg telah disapu dgn marjerin dan dilapik dgn kertas minyak.
6)Bakar dgn suhu 180 darjh cels...lebih kurang 50 min....atau sehingga kek masak....

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT...sumber kak liza MyRspi...simple n mudah..:)



Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C
2 s/b gula [hanguskan dlm loyang] atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan.(sy guna blender) Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dlm loyang yg berisi gula hangus tdi.. dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
4. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
5. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
6. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
7. Potong dan hidangkan.
*ketebalan setiap lapisan adunan tu terpulang pd selera masing2...

CHOCOLATE CHIP COOKIES


BAHAN2NYA

MENTEGA 220
GULA PERANG 150
GULA 130
TELUR 2
TEPUNG KEK 400GM (PUTERI GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI)
BAKING SODA ½ SUDU KECIL
BAKING POWDER ½ SUDU KECIL
HERSHEY’S SEMI SWEET CHOCOLATE CHIP 300GRM
BADAM CINCANG 100GRM

CARA2NYA

BUTTER DAN SEMUA GULA DISATUKAN. PUKUL HINGGA ADUNAN KEMBANG. MASUKKAN PULA TELUR DAN PUKUL HINGGA SEBATI. MASUKKAN TEPUNG,BAKING POWDER DAN BAKING SODA. PUKUL SEBENTAR DAN KACAU ADUNAN DENGAN SENDUK. AKHIR SEKALI MASUKKAN CHOCOLATE CHIP DAN KACAU HINGGA SEBATI. BAKAR PADA SUHU 160C – 170C SELAMA 15 – 20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG PADA SIZE DAN OVEN MASING2….
PLS TAKE NOTE YERR…SETELAH MASAK DIBIARKAN SEJUK BARU DIHIDANG. ADUNAN YG LEMBUT AKAN RANGGUP SETELAH SEJUK….^_^

KEK LAPIS MASAM MANIS

Bahan2:
1 1/2 cawan biskut cream cracker (diblend halus)
1 cawan mentega
3/4 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
pewarna - hijau, merah dan kuning
hawflakes secukupnya..

cara2nya :
1. Pukul gula dan telur hingga kembang dlm 1 bekas.
2. Pukul susu pekat dan mentega dlm bekas lain.
3. Campurkan adunan 1 dan 2.Pukul lagi.
4. Masukkan biskut, esen vanilla dan baking powder.Sebatikan.
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Warnakan.
6.Alas dulang dgn kertas.Kukus selapis demi selapis selang seli dgn
hawflakes.
7.Setelah siap kukus, bakar kek selama 5-8 min supaya kek lebih tahan
lama sikit.

mashed potato

RESEPI:
REBUS KENTANG, TOS DAN LECEK...
PASTU BUBUH BUTTER, GARAM, LADA DAN SUSU....
KACAU SAMPAI NAMPAK BERKILAT...
KALAU KENTANG NAMPAK TAK MELEKAT MAKNA NYA KURANG BUTTER.....

GRAVY:
2 SUDU SOS TIRAM
2 SUDU STOK AYAM/ KIUB AYAM
2 SUDU TEPUNG GANDUM BANCUH NGAN AIR
LADA
CKIT KICAP PEKAT...
MASAK SEMUA BAHAN DGN 3 GELAS AIR....
KALAU NAK SENANG AIR TU ANGGARAN JE...
BILA KUAH MENDIDIH TUTUPKAN API...

SY PERNAH JUGA CUBA RESEPI NI DAN KENTANG DI BLEND, TP TAK MENJADI SBB KENTANG JD CAIR SGT.. BAIK LECEK JE..

Beef Lasagna

Beef Lasagna ( The old school way )
Pic 1
Trying on that recipe.

Pic 2
saute onion & garlic
add sauce & tomato puree
add mushroom & ground beef (optinal add carrot or replace meat to chic/tuna)
sugar salt to taste
cook it and keep aside

bechamel sauce / white sauce http://www.food.com/recipe/basic-italian-white-cream-sauce-like-an-alfredo-or-bechamel-302996

But still following the same step as my dad taught me last time.

Pic 3
2tbs flour
1/2 cup of water
1 to 2 cups of milk
italian herbs
salt to taste

in a pot heat 1 tbs butter
dilute flour with 1/2 cup of water then add in d pot
keep stirring the mixture
add milk (thicken d sauce as u desired)
italian herb & salt to taste

Pic 4 to Pic 7
layer the lasagna
layer the sauce
layer the white sauce
layer the cheese
repeat process till finish
top wif cheese (i used cheedar & moza)

pic 8
ready to bake!!
baked for 20 to 30 mins or till cook
170'c

KEK OREN GEBU~


bhan A :
1 buku buttercup,
gula 220 g
ovellet 1 sdu mkn
1/2 sdu teh garam.

Bhn B :
telur 4 bji (gred A)

Bhn C :
280 gram tpung superfine ayak 3 X besama 1 sdu kecil baking(saya guna tepung gandum je)

PERASA :
sagat 1 biji kulit oren dan ambil airnya(saya guna lemon sbb tu yg ada)
2 sdu mkn sanquik(saya guna perasa mangga sbb tu je yg ada)
50 ml susu / air bncuh ngn 1 sdu susu tepung / horlick
1 kotak kecil buah campuran klo suka..(saya bubuh kismis n ceri)

CARA:
putar bhn A hingga kembang + B (telur) = kembang n berkrim
kacau ngn tgn jer + bhn C + bhn perasa..(saya buat satu bhg buh oren paste)ltak selang-seli mcm kek zebr). bakar 180' 1 jm - hingga masak.. slamt mncuba..

muffin coklat

A.
250gm tepung
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bakarbonat
175gm gula

B.
250ml susu segar (ila guna susu cair je)
90ml minyak jagung (ila gantikn dgn butter cair lg sedap)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

150gm coklat cip

cara2:

tuang bhn B ke dlm bhn A kacau biar sebati..mcm cekodok je..tuang separuh je dlm cup tabur coklap cip dan bakar suhu 200 c selama 20 minit..

spaghetti carbonara

ing for spaghetti carbonara

spaghetti
button mushroom (mushroom dlm tin pun bole)
1 can instant sauce carbonara
1 can creamy mushroom soup

italian herbs
parsley (optional)
chicken sausage (bole diganti dgn seafood yg disukai)

rebus spaghetti (tos dan add sikit minyak zaitun/minyak masak pun bole/butter sedikit) ketepikan

tumis bwg putih & bwg merah
addkan mushroom
addkan sausage yg dh dipotong
addkan sos carbonara
addkan creamy mushroom soup
tmbhkan air 1 tin - guna tin (mushroom / sos)
garam & blackpepper secukup rasa
addkan italian herbs & parsley

pau

BAHAN2NYA

• 240 G TEPUNG "HONG KONG", GUNA TEPUNG PAU PUN OK
• 1 CAMCA TEH "DOUBLE ACTING" BAKING POWDER + 1/2 CAMCA TEH GARAM
• 1 CAMCA TEH YIS
• 25 G LEMAK SAYUR (SHORTENING)

• (BAHAN YG DISATUKAN DAN KACAU HINGGA GULA LARUT)
• 100 ML AIR SUAM
• 30 G GULA HALUS


CARA-CARA

1. DALAM SATU BEKAS, MASUKKAN TEPUNG HONG KONG, DOUBLE ACTING BAKING POWDER + GARAM, YIS DAN LEMAK SAYUR. GAUL RAMAS HINGGA ADUNAN BERUPA SERBUK ROTI. MASUKKAN AIR YG BERCAMPUR DGN GULA. ADUN HINGGA MENJADI DOH YG LEMBUT DAN ELASTIK (KURANG LEBIH 15 MINIT, JIKA GUNA TANGAN DAN 10 MINIT JIKA MENGGUNAKAN MESIN). PERAP DOH SELAMA 45 MINIT.

2. KELUARKAN DOH DAN TUMBUK UTK MEMBUANG ANGIN. BAHAGI KEPALA 10 BAHAGIAN, BULAT2KAN. AMBIL SEBIJI DOH DAN LEPERKAN DIATAS TAPAK TGN, SUDUKAN INTI DAN CANTUM DOH SEHINGGA MENUTUPI INTI. BULAT2KAN DOH TADI DAN LETAK DIATAS SEKEPING KERTAS (2INCI X 2 INCI) YG TLH DISAPU DGN LEMAK SAYUR. TAK YAH SAPU PUN TAKPE….^_^

3. BUAT HINGGA HABIS DAN SUSUN DALAM KUKUSAN. PERAP PAU KURANG LEBIH 20 MINIT.

4. KUKUS PAU TADI DIATAS AIR MENDIDIH SELAMA 15 MINIT. ANGKAT DAN SEJUKKAN.

5. UNTUK DOH TADI BOLEH JUGA MENGGUNAKAN BREAD MAKER, MELALUI SETTING UTK DOH. MASUKKAN KESEMUA BHN DAN TEKAN SETTING UTK DOH DAN TUNGGU HINGGA SIAP.

KEK KUKUS COKLAT RISE



5 bj tlur A[asing putih n kuning]
2 sd bsrsusu manis
1sdteh baking powder
150gm mentega
100gmgula halus
100gm tpg gndum
1sd teh esen vanila
pewarna[ikut suka]
coklat rise

CARA
mentega n susu dpkl hngga kmbg n ktepikn.
pkl pth tlr hngga seprh kmbng n mskn gula n baking powder n pkl lg dgn kljuan tggi hngga kmbng.mskn kuning tlr sebj demi sebj n esen vanila smbil terus d pukul.
mskn campuran mentega n kcu dngn senduk kayu hngga rata.
masukn tpg pula n kaup2kn hngga sebati
bagikn kpd 3-4 bahagian.kukus adunan selapis2
ke dlm loyang yg d alas kertas n dgris.selapas dah letak adunan ke dlm loyang,taburkn coklat rise.
kukus adunan td selama15 mnt,smpi adunan td hbs....bl adunan td dah hbs kukus selama 20mnt.biarkn sejuk....

DEATH BY CHOCOLATE CAKE



BAHANNYER:
2 CWN TPG GANDUM *
1 CWN SERBUK KOKO*
1 SUDU TEH SODA BICA*
1 SUDU TEH BAKING POWDER*
(* DIAYAK DLM SATU BEKAS)

2 CWN GULA HALUS(AS KURANGKAN 1/2 CWN)**
1 CWN MENTEGA CAIR**
1 CWN SUSU CAIR**
1 CWN AIR BIASA**
(**DISATUKAN)

2 BIJI TELUR DIPUKUL BERSAMA 1 SUDU TEH ESEN VANILL


##UNTUK GANACHE A WARNA KEHITAMAN (a)
2 CWN WHIP CREAM
500 GM COOKING CHOCOLATE
1-2 SUDU BESAR GOLDEN SIRAP..
didihkan whip cream dan kacau bersama cooking chocolate yg telah siap dipotong kecil2 dan golden syrup...MASUKAN KEDLM PETI AIS

##UNTUK GANACHE BAHAGIAN TENGAH(b)
1 CWN WHIP CREAM
1 CWN GANACHE (a)...camporkan dan gaul sebati..MASUKAN DLM PETI AIS SEELOKNYER SEMALAMAN

CARA2 MEMBUATNYER:
SEDIAKAN KUKUSAN
MASUKAN TEPUNG DAN BAHAN2 YG DIAYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEDALM BAHAN (**). KACAU SEHINGGA RATA DAN TIDAK BERGENTEL KEMUDIAN MASUKAN TELUR YG DIPUKUL BERSAMA ESEN VANILLA...KACAU LAGI HINGGA SEBATI...MASUKAN ADUNAN KEDLM LOYANG G TELAH DIGRIS DGN MENTEGA DAN TABURKAN TEPUNG SEDIKIT...KUKUS SELAMA 1 JAM ATAU KLU X MELEKAT KAT LIDI BERMAKNA MASAKLAH TU..
SETELAH KEK BENAR2 SEJUK BELAH DUA DAN SAPUKAN GANACHE(b) DITGH KEK DAN BAHAGIAN ATAS DAN SIMPAN DLM PETI AIS LAGI DLM MASA 1 JAM...KELUARKAN DAN SAPUKAN PULA DGN GANACHE(a)...SIMPAN LAGI DLM FRIDGE...

KEK INI JUGA BOLE DIBAKAR DLM OVEN SUHU 175% SELAMA 45 MIN ATAU IKUT OVEN MASING2

ps:buat kek nie kene sabar coz asik keluar masuk fridge jek b4 masuk dlm perut...huhu..bermakna buat arini dpt mkn esok....bersusah2 dahulu kemudian nnt sodapppppppppppp...

♥ Puding Pelangi ♥

♥ Puding Pelangi ♥
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.. hidangkan

Friday, January 14, 2011

Vegan Chocolate Fudge Cake http://www.chocolatecakerecipe.net

preparation time: 20 minutes
cooking time: 60 minutes
difficulty: Easy
serves: 8
oven: 180°C

Ingredients
  • 50g (2oz) cocoa powder
  • 250g (8oz) plain flour
  • 250g (8oz) sugar
  • 125g (4oz) vegan margarine
  • 300ml (½ pint) soya milk
  • 30ml (2 tbsp) golden syrup
  • 5ml (1 tsp) bicarbonate of soda
  • 15ml (1 tbsp) vegan margarine
  • 15ml (1 tbsp) icing sugar
  • 5ml (1 tsp) of golden syrup
  • 1 x 100g vegan chocolate bar
Recipe
  1. Mix soya milk and bicarbonate in a saucepan.
  2. Add margarine, syrup and melt together.
  3. Sieve all dry ingredients into a mixing bowl.
  4. Add the wet ingredients and mix thoroughly.
  5. Grease and line an 20cm (8") round cake tin.
  6. Pour the mixture into the prepared cake tin.
  7. Bake in the oven for 30 minutes at 180°C / 350°F.
  8. Reduce heat to 160°C / 300°F for approximately 60 minutes. (if skewer comes out clean the cake is ready)
  9. For the icing melt ingredients slowly in a saucepan
  10. Allow to cool and spread over chocolate cake

Kek pisang ala English Style by Wendy kor