Showing posts with label desserts. Show all posts
Showing posts with label desserts. Show all posts

Friday, March 11, 2011

cheesecake marie(unbake) dari norma azuwa zakaria


resepi k.liza damnhuri 

bahan2 A
biskut marie(perasa original)-norma guna brand MUNCHIES sedap compared dgn brand lain...
biskut marie (perasa capucino)
5sd susu pekat manis
2 tin nestle krim(original)
sprinkle-ikut suka ...norma guna coklat rice ngn coklat chip...

Bahan2 B
250g krim cheese-softened
5sd susu pekat manis

caranya,
1.campurkan susu pekat manis dgn nestle krim -kacau rata
2.celup biskut dn susun dlm bekas berselang-seli original dn capucino,buat sampai krim habis(selalunyer norma dapat 3 lapis)
3.kacau krim cheese dn susu pekat manis sampai sebati...ratakan atas biskut marie yg disusun tadi,tabur springkle tadi ...
4.simpan dlm peti ais selama 6-8jam..bru lar dipotong...

JAPANESE CHEESE CAKE..WIF BLUEBERRY TOPPING..by noralina ahmad


bahan2:
4-5 keping cheddar cheese(saya buh 8 keping)
200ml susu segar(saya sukat air 200ml + susu tepung NESPRAY)
5 biji telor
70gm tepung kek
70gm butter
70gm gula halus(saya tambah lg sikit jadi 80gm)

cara2nya:
1- koyakkn cheese kecik2 dan campurkan 200ml susu,masak dgn api perlahan,kacau selalu..bila dh hancur,masukkn butter n tutup api..ketepikan.

2- asingkan telor putih dan kuning dlm bekas yg berlainan,pukul telor putih ngan 70gm gula halus sampai kembang @ meringue..kemudian pukul telor kuning hingga kembang..bila dh kembang baru masukkn adunan cheese tadi (1)..

3- masukkan tepung sikit demi sedikit,kacau perlahan.sekiranya berketul boleh ditapis.kemudian masukkn adunan meringue tadi..kaup balik n sebatikan adunan.

4-lapik loyang 7x3 inci loyang bulat..tuang adunan dalam loyang.

5- letak loyang dlm bekas yg telah diisi air panas.masukkan dalam oven yg telah dipanaskan 20min pada suhu 170'c selama 20 minit.kemudian rendahkan suhu kepada 140'c dan terus bakar selama 40mins..

**Teknik membakar cara bain marie @ steam bath sbb cheese sgt lembut n mudah terbakar..

TOPPING..
1/2 tin blueberry ..bila kek dh suam baru letak topping...

Tuesday, March 1, 2011

egg tart isma ismail

bhn untuk pastri:
200gm butter
80gm gula aising
360gm tpong
...1bj telor
1/2st vanilla
cara2:
pukul butter n gula smpai gebu>kemudian masukan telur n pkl lg>kemudian masukan tpg sikit smbil uli jd doh>kemudian rehatkan 30minit-1jam.bila dah terap dlam acuan cucuk sikit2 supaya bila bkr crust tu gelembong.bakar untuk 10minit 180drjh.
intinya:
1cwn susu cair
3/4cwn gula.
1 1/2 sdb tpg kast

Saturday, February 12, 2011

Airkrim Coklat } Home made


Bahan2nya:

1 tin susu pekat(sukatan asal-manis) @ 1/2 tin(kurang manis)
1 tin air masak}sukat guna tin susu tu
1 sudu mkn ovalette
1 biji telur
4 sudu mkn serbuk koko}(bleh bubuh lain2 perisa kegemaran)

Cara2nya:

-campurkan kesemua bahan diatas
-masukkan kedlm blender dan kisarkan
-setelah dikisar tuangkan kedlm bekas
-masukkan kedlm peti ais
-tunggu sehingga beku baru bleh mkn

*isi kandungan dlm 1.5 liter

Friday, January 28, 2011

Puding Pelangi (Majalah Wanita 80an)


Bahan-bahan :

1 paket agar-agar (anggaran 35g - 40g)

1 tin susu cair

1 gelas gula

5 biji telur

5 gelas air

sedikit esen vanilla

2 sudu besar serbuk koko yang telah dibancuh dengan air

2 sudu besar tepung kastard

sedikit pewarna merah


Cara-cara :

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula. Bila mendidih tapiskan. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur sebentar. Masukkan susu cair dan tepung kastard dan kacau sehingga rata dan ditapiskan.

3. Setelah ditapis, campurkan agar-agar yang telah dimasak dengan adunan telur dan kacau lagi sehingga rata.

4. Masakkan semula adunan tersebut sehingga mendidih dan masukkan sedikit esen vanilla dan kacau rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. (dalam mangkuk berasingan)

6.1 bahagian di biarkan dengan warna asal. (kuning kastard)

7. Masukkan bancuhan koko tadi ke dalam bahagian yang ke 2. Kacau rata.

8. Masukkan pula beberapa titik pewarna merah ke dalam bahagian terakhir. Kacau rata.

9. Lapiskan adunan coklat ke dalam loyang berselang seli dengan adunan kuning dan adunan merah dan diulang step ini sehingga adunan habis digunakan. (Buat corak pelangi)

10. Biarkan adunan keras sekejap sebelum dipotong.

Puding susunan roti/lapis roti. dari Intan Liana



bahan2nya:
1.1 buku roti gardenia(buang kulit)...sekeping roti dipotong jdkan empat kpg segi empat tepat.
2.1 peket agar2 cap burung(10gm)
3.5 gelas air(saya guna 600ml air)
4.1 tin susu cair(kalau x de susu pekat pn boleh...1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air)
5.3 senduk gula>>ikut rasa masing2 samada suka manis atau tidak(boleh dirasa)
6.1/2 buku butter
7.pewarna ikut citarasa(untuk dicelupkan pd roti)
8.2 bks air untuk dibancuh dgn pewarna...cth pink dan hijau
9.2 sudu mkn tpg kastard(resepi asl x de...saya suka2 tambah...jgn marah..hehee..)

cara2nya:
>>rebus agar2 bersama 5 gelas air....
>>kemudian masukkan gula,susu dan butter..kacau hingga sebati dan tak berketul-ketul...jgn terlalu cair..biar agk pekat sedikit.
>>setelah itu tuangkan sedikit agr2 tadi kedlm loyang untuk dijadikan 1 layer.
>>susunkan roti yg telah dicelupkan pewarna masing2 kedlm loyang...susun berselang seli...hingga menutupi permukaan layer pertama td.
>>tuang lg agr2 td untuk layer yg ke-dua..
>>susun roti berwarna lagi keats layer ke 2...dan tuang agr2 lagi...begitulah seterusnya...sejukkan kemudian masukkan kedlm fridge....

cheese tarts

Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)
• Bahan untuk Pastry:-
• 125 gm mentega / margerin
• 45 gm gula aising-nak ganti ngan susu tpg pon bole
• 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
• 240 gm tepung gandum (ikut lembut adunan..kalo kurang tambah..kalo keras kurangkan)
* secubit garam..biar ada rasa masin2 skit..asek manis jek..muak plak

• Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
• 250 gm cream cheese
• 50 gm gula aising
• 20 gm mentega (lembutkan)
• 1/2 sudu besar perahan lemon
• 1 biji telur (gred B)
• Blueberry pie filling

*cheese n mentega biar suhu bilik ekss..

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya cantik2..guna jari pon boleh...pastu cucuk ngan garpu doh tu.
Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sampai gebu n lembut.
4. susun doh yg dah bakar n keluarkan dr acuan dlm loyang balik
5. pippingkan sedikit blueberi filling dlm doh tart td .
6. pastu pipekan cheese filling tadi plak. Hiaskan diatas dengan blueberry filling _ lili lorek ngan lidi jek.
7.bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak mengelembung n macam kering sedikit.

note : bila dah bubuh filling jgn bakar terlalu lama..bila nmpk mengelembung n kering sedikit trus keluarkan dr oven..kalo terlebih bkr cheese akan turun bila sejuk..

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT...sumber kak liza MyRspi...simple n mudah..:)



Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C
2 s/b gula [hanguskan dlm loyang] atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan.(sy guna blender) Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dlm loyang yg berisi gula hangus tdi.. dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
4. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
5. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
6. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
7. Potong dan hidangkan.
*ketebalan setiap lapisan adunan tu terpulang pd selera masing2...

♥ Puding Pelangi ♥

♥ Puding Pelangi ♥
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.. hidangkan

Saturday, December 18, 2010

caramel projects




Resepi ni di jamin jadi ...........
Bahan :
1 tin susu cair,
6 biji telur,
1/2 cawan gula utk gula hangus,
1/2 cawan gula,
2 camca besar tepung kastad
Cara :
1. cairkan gula utk menjadikan caramel dlm acuan spt di atas
2. panaskan air dlm pengukus
3. pukul susu, tepung kastad, gula & telur hingga berbuih
4.bila gula caramel sudah siap masukkan ke dalam pengukus dan tuang bahan no 3 tadi.
5. kukus utk 20 minit