Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

zebra cake


 http://alamroon.blogspot.com thanx ya





recipe from kingarthurflour

Ingredients
1 cup granulated sugar
4 large eggs
1 cup milk
1 cup vegetable oil
1 tsp vanilla (terlupa vanilla dah habis, ganti dengan esen oren :-)
2 cups all purpose flour
2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
3 tbsp cocoa powder


Method
1. Preheat the oven to 180°C. Greased and line a 9" x 2" round baking pan. Set the pan aside.
2. In the bowl of your mixer, blend the sugar and eggs until lightened, about 2 minutes. On low speed blend in the oil, milk and vanilla until well combined and smooth.
3. In a separate bowl, combine the flour, baking powder and salt. Whisk to remove any lumps. Add the dry mixture to the wet ingredients. Combine on medium speed 1-2 minutes or until the batter is smooth and lump free. Be sure to scrape down the bowl halfway through mixing.
4. Remove 2 cups of the vanilla batter and place it in the measure you used for the liquid ingredients. Sift the cocoa over this batter, and stir well to combine. Be sure to use a sifter to avoid cocoa lumps in the batter.
5. Now for the stripes. Spoon about 3 tablespoons of vanilla batter into the center of the cake pan. Next, spoon 3 tablespoons of the chocolate batter into the center of the vanilla batter. This causes the vanilla batter to spread out. Continue to alternate batters, in bulls-eye fashion until all batter is used. You will now have thin rings of each batter on the outer edges of the pan, thicker rings towards the center.
6. Bake the cake in the center of the preheated oven for 35-45 minutes, or until the cake i
s lightly browned and a toothpick inserted into the center comes out clean. Cool the cake in the pan for 10 minutes, and then turn out onto a wire rack to finish cooling. Frost as desired

Friday, March 11, 2011

cheesecake marie(unbake) dari norma azuwa zakaria


resepi k.liza damnhuri 

bahan2 A
biskut marie(perasa original)-norma guna brand MUNCHIES sedap compared dgn brand lain...
biskut marie (perasa capucino)
5sd susu pekat manis
2 tin nestle krim(original)
sprinkle-ikut suka ...norma guna coklat rice ngn coklat chip...

Bahan2 B
250g krim cheese-softened
5sd susu pekat manis

caranya,
1.campurkan susu pekat manis dgn nestle krim -kacau rata
2.celup biskut dn susun dlm bekas berselang-seli original dn capucino,buat sampai krim habis(selalunyer norma dapat 3 lapis)
3.kacau krim cheese dn susu pekat manis sampai sebati...ratakan atas biskut marie yg disusun tadi,tabur springkle tadi ...
4.simpan dlm peti ais selama 6-8jam..bru lar dipotong...

JAPANESE CHEESE CAKE..WIF BLUEBERRY TOPPING..by noralina ahmad


bahan2:
4-5 keping cheddar cheese(saya buh 8 keping)
200ml susu segar(saya sukat air 200ml + susu tepung NESPRAY)
5 biji telor
70gm tepung kek
70gm butter
70gm gula halus(saya tambah lg sikit jadi 80gm)

cara2nya:
1- koyakkn cheese kecik2 dan campurkan 200ml susu,masak dgn api perlahan,kacau selalu..bila dh hancur,masukkn butter n tutup api..ketepikan.

2- asingkan telor putih dan kuning dlm bekas yg berlainan,pukul telor putih ngan 70gm gula halus sampai kembang @ meringue..kemudian pukul telor kuning hingga kembang..bila dh kembang baru masukkn adunan cheese tadi (1)..

3- masukkan tepung sikit demi sedikit,kacau perlahan.sekiranya berketul boleh ditapis.kemudian masukkn adunan meringue tadi..kaup balik n sebatikan adunan.

4-lapik loyang 7x3 inci loyang bulat..tuang adunan dalam loyang.

5- letak loyang dlm bekas yg telah diisi air panas.masukkan dalam oven yg telah dipanaskan 20min pada suhu 170'c selama 20 minit.kemudian rendahkan suhu kepada 140'c dan terus bakar selama 40mins..

**Teknik membakar cara bain marie @ steam bath sbb cheese sgt lembut n mudah terbakar..

TOPPING..
1/2 tin blueberry ..bila kek dh suam baru letak topping...

Black Bottom Cheese Cupcakes (recipe adapted from allrecipes.com) taken from wardah berduri





Bahan2
1 1/2 cups tepung gandum 
1 teaspoon baking soda 
1/4 cup unsweetened cocoa powder 
1/2 teaspoon garam 
1 cup gula kaster 
1/3 cup minyak sayur 
1 cup air
1 tablespoon cuka/vinegar 
1 teaspoon esen vanilla 


Bahan cheese filling
Cream cheese, softened (224gm)
1 biji telur 
1/3 cup gula kaster 
1/8 teaspoon garam
1 cup semisweet chocolate chips (choc chips biasa pon ok)


Caranya
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
Line two 12 cup muffin pans with paper liners.

Ayak bersama tepung, baking soda, cocoa powder & garam. Ketepikan.

Di bekas besar yg lain, whisk together 1 cup sugar, oil and water hingga sebati. Masukkan cuka & vanilla. Kacau semua bahan hingga sebati. Set aside.


Cara membuat cheese filling

In a medium bowl, beat together the cream cheese, egg, 1/3 cup sugar and salt. Stir in the chocolate chips. 

Fill muffin cups 1/3 or 2/3 full with chocolate batter, then top with a 2 heap tablespoons of the cream cheese mixture. Bake in the preheated oven until the tops spring back when lightly pressed, 20 to 25 minutes. Serve

Wednesday, February 23, 2011

Tiramisu simple

Tiramisu

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. 1tiramisu_satukan_bahan
    Satukan gula, cheese dan cream
  3. 2tiramisu_pukul_sampai_kembang
    Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. 3tiramisu_potong3bahagian
    Potong kek pada 3 bahagian
  5. 4tiramisu_susun_dlm_bekas
    Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. 5tiramisu_curah_air
    Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. 6tiramisu_sapu_adunan_atas_kek
    Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. 7tiramisu_ulang_sampai_habis
    Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. 8tiramisu_simpan_dlm_fridge
    Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. 8tiramisu_decorated
    Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Japanese cotton cheese cake...

kak Rms Benhadria resepi kek keju anda mmg simple tp hebat
kak Zuraini Alias atas ispirasi kek indulgentnya
n Liliwati kasdi too

resepinya :


4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 8x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml whipping cream - di pukul hingga pekat
1 tbsp gelatin
35ml air

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

cara2 :
1. Letak kek ke dalam loyang 8" (loose base tin).
2. tuang mousse coklat di atasnya dan ratakan. biarkan semalaman..esok dah bleh makan...hehehehe....sng jekan..nak hias apa ikut suka hati..lili ayakkan jek koko kat atasnya...tarraa...dah siap pun....

Thursday, February 17, 2011

BUTTERSCOTCH SAUCE

BAHAN :
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir.*Ana keluarkan 2 sudu besar gula tu..
  • 1/2 cawan air
  • 1 tsp. vanilla
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan butter
  • secubit garam (optional)

CARA :
  • Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil.
  • Gaul hingga sebati.
  • Masak atas api yang kecil hingga gula hancur.
  • Tambahkan vanilla dan butter.
  • Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat.
  • Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota Izah: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.

kek karamel

dari Pn Munira KR gak....
saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
tp dlm pic kat atas ni saya wat separuh dr bhn2 nye...

Kek Oreo Yogurt

Mrs Noor MyR... thanx ya

Bahan-bahan:
  • 1 cawan margerin/butter - ambe guna butter
  • 2 cawan gula halus - ambe letak 1 1/3 cawan
  • 3 biji telur
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan plain yogurt
  • 1 sk jus lemon
  • 8 keping biskut oreo - patah2kan sekali dengan krimnye
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 165. Griskan loyang dengan butter & taburkan tepung. Ketuk utk mengeluarkan lebihan tepung.
  2. Pukul gula & margerin hingga ringan. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan pula extract lemon.
  3. Masukkan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul hingga sebati. Last sekali masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang :)

cheeese cake

resepinya:
300ml susu segar
6kpg keju kraft
3biji telur gred A(asingkan kuning n putih)
90gm gula kastor
110gm tpg gandum
110gm mentega
1camca teh esen vanilla
strwbery filling

1:satukan keju,susu,mentega dlm periuk,kacau dgn api perlahan,sampai larut,sementara tu lanser spring form ukuran 8",alaskan dgn aluminium foil.panaskan oven pada suhu 160 c
2:dlm bekas lainkacau kuning telur smpai berkrim,msukkan tpg,esen,kacau rata.tuang adunan no1 sedikit demi sedikit sambil dikacauhngga rata.ketepikan
3:dlm mixer yg kering putar putih telur sampai berbuih,masukkan gula halus dan terus putar smpai jd marigue yang kental bila dicuit mhasilkanpuncak yang tajam
4:masukkan 1/2bahgian marigue dlm no 2.kaup sampai rata dan tuang kembaliadunan tadi ke dalam baki marigue dan gaul dgn kaedah kaup balik sampai rata.
5:tuang 1/2 bahagian ke dlm tin kek,ratakan dan picit filling strawbery tadi keatas adunan kek dgn cara lingkaran.tuang 1/4 bahagian lg dan buat kaedah sama,hgga ke adunan terakhir.
6:ltk tin berisi adunan kek tadi kedlm loyang berisi air panas(kaedah steam bath).bakar selama 55 minit
bila masak,biarkan suam dan kuarkan dr loyang...tggu sejuk bru di potong...
.

Monday, February 14, 2011

kek deco

Resipi fondant, dan royal aising dapat dari komuniti Resipi.Net. Terima kasih ya kerana berkongsi resipi.Saya minta izin copy paste resipi untuk rujukan disini.

Rolled Fondant (sumber: K.Anis)

100 gm shortening (melt in warm temperature)
15 g gelatine powder ) steam until
60 g water ) dissolve
100 g liquid glucose
50 ml glycerina
750 gm - 1000 g icing sugar

Cara2
1. Steam (air & gelatin)
2. Bila cair, masukkan glucose
3. Bila glucose cair masukkan shortening - kacau hingga cair
4. Keluarkan mixture dari double boiler masukkan glycerine
5. Masukkan icing sugar (ayak dahulu) sedikit demi sedikit
6. Putar hingga mendapat doh yg diinginkan
------------ --------- --------- -----

ROYAL ICING (untuk buat bunga, daun n sbgnya-mengeras)

Sumber: Chef Razak

Bahan-bahanya4 biji Putih Telur(any grade)
1 sudu makan Cuka2 cubit Traganth Gum
1 kg Gula Aising(diayak)
Cara-caranya
1. Pukul putih telur, cuka hingga kembang
2. masukkan Traganth Gum dan pukul lagi.
3. masukkan gula aising sedikit-sedikit dan kemudian pukul lagu sehinggaadunan pekat (seperti aduan sponge cake)
4. adunan boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing5. adunan ini sesuai utk buat bunga atau sebarang hiasan seperti daun.Ianya akan mengeras setelah dibiarkan

Nota: saya buat 1/4 dari adunan royal aising,dan tak letak tragacanth gum sebab takde

Saturday, February 12, 2011

Kek Lapis Sisik Ikan


BahanA:

10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250g gula halus
1 sudu mkn ovallette
75ml air sejuk
1 tin sekaya}180g
1/2 botol kecil horlicks}200g

250g tepung hong kong
300g mentega}dipukul bersama
4 sudu mkn susu pekat manis
4 bungkus manisan masam manis

Cara membuatnya:
-pukul bahan A hingga kembang. kaupkan tepung dan kacau hingga sebati
-masukkan mentega yg telah dikacau hingga rata dn sebati.
-bakar 4 sudu mkn adunan hingga masak....lapisan pertama biar kosong.
-bakar 4 sudu mkn lagi hingga masak kemudian cucuk mencondong buah manisan keatas lapisan kek..bakar sekejap dn kemudian tekan kek tu dgn penekan kek.
-masukkan 4 sudu mkn adunan lagi dan bakar
-ulangi proses tadi hingga habis

*loyang 8x8 inci dn api kena pandai2 control sendiri...

cheese cuppies

Cheese Cupcake
250 gm butter
230 gm gula kastor
4 biji telor gred A
80 gm keju cheddar slice/diparut
100 ml susu segar uht
280 gm t.gandum
1 sd teh baking powder
cara2nya
putar butter n gula hingga berkrim,masukkan telor satu persatu sambil terus memutar..hingga kembang..
tambah keju parut/dipotong kecil2,gaul sebati..then masukkan susu,selang selikan dgn tepong yg diayak bersama baking powder,sampai habis..kemudian,masukkan adunan tadi sesudu @ guna piping bag ke dlm papercup.
Bakar lebih kurang 20-25 minit @ hingga masak.
* boleh hias ikut kreativiti masing-masing.

kek marble kukus

bhn: 2cwn tepung selfrising@tgandum@superfine
telo 2
1cwn gula kastor
1sdbesar susu pekat
1sdt ovalet
1sdt esen vanila
1/2 buku butter

-pukul telo,gula dan ovelat hgga kembang dan pekat..
masukkn tepung ckit demi ckit
-bekas lain pukul mentega dan susu pekat hgga kembang dan masukn esen vanila
-satukn kedua2 adunan dan kaco sebati
-loyang di lapik kertas dan sapu butter
-bhgikn dua adunan 1)coklat emulco 1 sudu besar 2)adunan asal
-lapiskn ikut suka
-dh siap lapis taburkn coklat chip
panaskn pengukus dan kukus 1 jam

strawberry cheese cake

....resepi dari rakan KR..Annis Marianne

Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore ...saye gune 200 gm oreo + 100 gm butter ( biskut marie n digestive pun bole )
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.... saye masuk dlm petiais je...20 minit

Bahan B - Filling
250 gm krim keju
70 gm butter
120 gm fresh cream ..whipping cream
120 gm gula halus ..masukkan separuh pde putih telo..untuk meringue
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling ...strawberry pun bole

Topping:
Filling blueberry.. saye gune strawberry
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu seperti buih sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.]
3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan fresh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

****saye letak strawberry...
****untuk oven gas...letak air dibhgian bawah je..
***bakar care ban marie...
***dalam gamba loyang size 7

KEK COKLAT TANPA TELOR!!!

Bahan A:

200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim

Bahan B:

5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas

Bahan C:

180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko
Cara2Nya:-
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.
4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar letrik.
5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 1600C selama 45 minit atau sehingga masak.

Kek Sarang Semut (Gula Hanggus)

Bahan2nya:

Bahan A:
1 cwn(200g) gula}tuk gula hanggus
1 cwn air(200ml)
1 1/2 sudu mkn majerin

-masukkan gula kedlm kuali. panaskan dgn api hingga nmpk btul2 hitam coklat pekat}supaya kek x nmpk pucatsementara tu sediakan bahan B

Bahan2 B:
1 cwn tepung gandum(120g)
1 cwn susu pekat manis(250g)
4 biji telur
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
sedikit perwarna coklat}bg kek nmpk pucat dn colour coklat tua

Cara2nya:
-pukul telur hingga kembang
-masukkan susu pekat manis, esen vanila}kacau
-masukkan tepung dan soda bikarbonat dan perwarna coklat}kacau hingga sebati
-campurkan bahan A kedlm bahan B tadi}kacau sekejap hingga sebati
-sediakan 1 bekas kedap udara dn masukkan adunan kedlm bekas tersebut
-perapkan selama 4jam}jgn sekali2 dibuka ketika diperap
-sapu sedikit majerin kedlm loyang dn taburkan sedikit tepung supaya kek x melekat
-bakar pada suhu 170'c-180'c guna api BAWAH sahaja selama 1jam 10 minit.

*slmt mencuba! insya-allah sarang/lubang semut berjaya dihasilkan.

By: Rohaimi Ahmad
(resepi dr rakan2 KR)

Friday, January 28, 2011

KEK COKLAT KUKUS Chef Hanieliza

Kek Coklat Telo Sebijik




Bahan A:-
• 1 cawab susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

nuttella roll

BAHAN-BAHAN ( LOYANG 10X7X1 INC.= 5 ROLLS )BY KAK FIDA

150 G GULA HALUS/CASTOR SUGAR
90 G TEPUNG GANDUM
50 G TEPUNG JAGUNG
20 G SUSU TEPUNG
1 SK BAKING POWDER
50 G KACANG WALNUT - DI CINCANG HALUS
1 SB OVALETTE
10 BIJI TELUR (GUNA HANYA 5 PUTIH TELUR)
120 G MENTEGA - CAIRKAN
1 SK ESEN VANILLA
PEWARNA MERAH, KUNING DAN HIJAU JIKA PERLU
SECUKUP CHOC. NUTELLA

CARA-CARA

AYAK TEPUNG2 DAN BAKING POWDER.CAMPURKAN BERSAMA GULA, TELUR, OVALETTE DAN TEPUNG2 DAN PUKUL HINGGA KEMBANG.

MASUKKAN MENTEGA CAIR DAN VANILLA DAN DIKACAU DGN SENDUK HINGGA SEBATI.CAMPURKAN WALNUT CINCANG DAN GAUL SEBATI.

BAHAGIKAN KEBADA BEBRAPA BAHAGIAN.MASUKKAN PEWARNA KESUKAAN ANDA.

LOYANG DI ALAS DGN KERTAS MINYAK DAN DIGRIS. TUANGKAN ADUNAN DAN RATAKAN.

BAKAR DLM OVEN SELAMA 10-12 MIN PD SUHU 170C ATAU HINGGA PERMUKAAN KEK KEKUNINGAN.

KELUARKAN KEK DRPD LOYANG DAN SEJUKKAN. KEMUDIAN SAPUKAN SECUKUP CHOC. NUTELLA DAN DIGULUNG.

Kek Marble


250 gm butter (seketul Buttercup)
200 gm gula
2 sk ovalette
4 biji telur
100 gm susu pekat

Ayak:
270 gm tepung
2 sk baking powder

Bancuh:
2 sb susu cair
2 sb serbuk koko
1 sk coklat emulco
1 sk serbuk nescafe


1. Pukul butter + gula sampai kembang
2. tambah ovalette, telur satu demi satu, susu pekat
3. tambah tepung
4. bahagi 2 - satu boh bancuhan koko (sy tak bahagi 2, cuma ambik adunan lbh kurang 2 senduk dan boh koko, emulco & nescafe je)
5. boh yg kuning dlm loyang then yg koko, lorek2 jd corak marble

Bakar 175C - 30 minit