Saturday, February 12, 2011

KEK COKLAT TANPA TELOR!!!

Bahan A:

200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim

Bahan B:

5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas

Bahan C:

180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko
Cara2Nya:-
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.
4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar letrik.
5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 1600C selama 45 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment