Thursday, February 17, 2011

Kek Oreo Yogurt

Mrs Noor MyR... thanx ya

Bahan-bahan:
  • 1 cawan margerin/butter - ambe guna butter
  • 2 cawan gula halus - ambe letak 1 1/3 cawan
  • 3 biji telur
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan plain yogurt
  • 1 sk jus lemon
  • 8 keping biskut oreo - patah2kan sekali dengan krimnye
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 165. Griskan loyang dengan butter & taburkan tepung. Ketuk utk mengeluarkan lebihan tepung.
  2. Pukul gula & margerin hingga ringan. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan pula extract lemon.
  3. Masukkan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul hingga sebati. Last sekali masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang :)

No comments:

Post a Comment