Friday, January 28, 2011

carrot cake


Bahan-bahan:

240 gm tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik)
1/4 susu teh kulit kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
180 gm gula kastor (@gula perang lebih baik)
1/2 sudu teh esen vanilla
180 ml minyak sayuran
240 gm lobak (parut)
120 gm nenas dalam tin (buang airnya & potong dadu)
60 gm kismis/buah-buahan campuran (potong kecil)
60 gm walnut (bakar, sejukkan dan potong kasar)


Cara:

1. Ayakkan tepung dengan soda, serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pala & serbuk penaik. Ketepikan

2. Pukul telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula. Pukul sebati. Masukkan esen vanilla.

3. Masukkan minyak. Pukul sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudianmasukkan lobak yang telah diparut, diikuti dengan nenas dadu, kismis dan walnut.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160°C. Bakar untuk tempoh 60 minit. Saya bakar dengan api bawah saja pada tempoh 50 minit, kemudian beralih kepada api atas untuk baki masa yang selebihnya. Guna kaedah steam bake.

6. Bila masak, keluar dan sejukkan sebelum letak frosting.


*Bahan-bahan untuk frosting:

60 gm mentega (suhu bilik)
250 gm krim keju (suhu bilik)
230 gm gula aising (ayak)
1 lemon (kulitnya saja, diparut)

Cara:

Letakkan krim keju dan mentega dalam mangkuk. Pukul perlahan. Masukkan gula aising sediki demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan esen vanilla dan parutan kulit limau.

* Saya tidak menggunakan resepi asal frosting ini kerana masih ada baki frosting masa buat kek baldu merah.

Pautan ke resepi asal : http://www.deliciousasianfood.com/2009/08/11/carrot-cake-recipe/

- Feel free for self-tagging as always :).

No comments:

Post a Comment