Friday, January 28, 2011

KEK OREN ZURIANA By: Zuriana

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren

"DO IT YOURSELF"

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.


Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".
Kek ni rasa dan tekstur dia seakan2 kek buah.. lembab dan padat. Ita letak dalam peti ais sekejap kemudian makan dgn Hershey's Syrup Chocolate emmmm... sedapnyer...!! kalau makan dengan ais cream vanila lagi lah sedap... 3 dalam 1.. gituuu....

No comments:

Post a Comment