Sunday, January 2, 2011

tuna puffsegera


Tuna Puff Segera Dan Cara Bergambar Melipat Puff

Masakan - Kuih Muih

Kalau nak cepat ataupun dah takde idea nak buat kuih ape ros selalu buat tuna puff segera ni, hasilnya pasti tidak mengecewakan, se akan-akan pastri lapis, walaupun hanya menggunakan roti paratha segera, ros guna roti paratha jenama KAWAN, nak guna jenama lain pun takpe, tapi pastikan roti paratha yang plain ye. Resepi tuna puff segera ade kat bawah ni : )

Bahan-bahanya

3 keping roti paratha segera

1 tin kecil tuna flakes

2 sudu besar mayonis

sedikit hirisan bawang besar

sedikit lada sulah.

sedikit telur ( untuk gliss pada tuna puff nanti)

Cara-caranya

1. Buat inti tuna puff, buang minyak yang terdapat dalam tin tuna flakes, kemudian campurkan dengan hirisan bawang besar, mayonis dan lada sulah.

2. Selepas itu, ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 4 bahagian, letakkan satu sudu besar inti tuna di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun tuna puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti tuna flakes habis digunakan.

3. Akhir sekali bakar tuna puff di dalam oven pada suhu 180darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

*************************************************************************

Di bawah ni ade cara bergambar bagaimana ros melipat puff sehingga menjadi segi tiga.

1. Bahagi sekeping roti paratha segera yang bulat tu pada 4 bahagian. lihat rajah 1

2. Lihat rajah bernombor 2, lebih kurang macam tulah.

3. Ambil satu bahagian puff yang telah dipotong tadi dan letakkan satu sudu kecil inti, semalam ros guna inti sardin+ hirisan bawang besar+beberapa hirisan cili padi dan sedikit garam.

4. Lipat bahagian kiri roti paratha dan tarik sedikit hingga menutupi sebahagian inti.

5. Lipat pula bahagian kanan roti paratha dan pastikan lipatan telah menutupi inti.

6. Lipat pula baki roti paratha, iaitu di bahagian depan dan jadikan bentuk segitiga.

7. Rajah 7 menujukkan bahagian bawah puff yang siap di lipat.

8. Susun di atas oven sheet dan pastikan bahagian bawah yang dilipat tadi ditelangkupkan seperti gambar rajah 8.

9. Gunting sedikit permukaan puff seperti rajah 9.

10. Gliss permukaan puff dengan sedikit telur.

11. Puff yang siap dibentuk dan di gliss dengan telur sebelum di bakar.

12. Puff yang siap di bakar pada suhu 180darjah selama 30 minit.

-semoga cara bergambar ni boleh membantu kawan-kawan membentuk puff seperti gambar puff diatas.

Inilah plain paratha segera yang ros gunakan

Nota- Inti tuna puff ni kalau nak ganti dengan sardin atau sosej pun boleh, dan bentukkan puff mengikut kreativiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment